Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN


UPNM komited untuk memberi Kepuasan Pelanggan seperti berikut:


a. Maklumat Program

Bakal pelanggan menerima maklumat tentang Program Pengajian Akademik dan Latihan Ketenteraan Umum sebelum semester bermula.

b. Pembelajaran, Latihan dan Khidmat Nasihat

Suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Program Akademik memenuhi beban kredit seperti yang diluluskan oleh KPM, Senat UPNM dan LKU dilaksanakan mengikut prosedur Rancangan Pengurusan Latihan (RPL). Pelanggan disediakan dengan khidmat nasihat akademik oleh Penasihat Akademik dan khidmat nasihat ketenteraan oleh Ketua Kompeni.

c.   Keselamatan dan Kerahsiaan      

Maklumat peribadi pelanggan, maklumat akademik dan latihan ketenteraan akan diuruskan dengan selamat mengikut keperluan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.    

d.   Penganugerahan 

Pelanggan yang telah memenuhi syarat lulus program akademik dan disahkan oleh Senat UPNM  dan boleh dianugerahkan Diploma, Diploma Eksekutif, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang yang didaftarkan.

e.   Pentauliahan

Pelanggan yang telah dianugerahkan ijazah sarjana muda dan lulus semua latihan ketenteraan layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM. Tarikh kuatkuasa pentauliahan ialah pada tarikh terakhir pengesahan keputusan peperiksaan akhir oleh Senat UPNM atau pengesahan  keputusan mata pelajaran LKU oleh Lembaga No. 3 ATM.

f.    Aduan Pelanggan

Aduan pelanggan yang tidak tertakluk kepada pihak ketiga akan diselesaikan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja dari tarikh sah aduan diterima.

Senarai Induk Dokumen Kualiti Siri 2 2018

  • Manual Kualiti
  • Prosedur Kualiti Operasi
  • Prosedur Kualiti Pengurusan

"Beriltizam membawa UPNM ke arah kecemerlangan dalam bidang pertahanan dan keselamatan bagi memenuhi kehendak pelanggan"