Skop Pelaksanaan

SKOP PELAKSANAAN

 


 

Skop  Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UPNM ialah Pengurusan Pengajian Akademik dan Latihan Ketenteraan Umum (LKU) yang berasaskan Piawaian MS ISO 9001:2015.  Ia meliputi operasi universiti untuk penyediaan perkhidmatan pengajian akademik dan latihan ketenteraan umum (LKU).

 

Pengecualian aplikasi pelaksanaan SPK ialah:

a.               Klausa 8.3 Reka Bentuk dan Pembangunan. Pengecualian ini dipohon kerana setiap fakulti dan puat pengajian perlu melalui proses merancang dan mengawal aktiviti reka bentuk dan pembangunan yang dipantau oleh pihak luar seperti MQA, BoE, MMC, Kementerian Pertahanan dan sebagainya.

 

b.               Klausa 7.1.5.2   Kebolehkesanan Pengukuran.

Pengecualian ini dipohon adalah kerana peralatan yang digunakan semasa pengajian akademik dan latihan ketenteraan umum adalah bertujuan untuk kefahaman dan pendedahan aplikasi sahaja.

Senarai Induk Dokumen Kualiti Siri 2023

  • Manual Kualiti
  • Prosedur Kualiti Operasi
  • Prosedur Kualiti Pengurusan
  • Prosedur Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah

"Beriltizam membawa UPNM ke arah kecemerlangan dalam bidang pertahanan dan keselamatan bagi memenuhi kehendak pelanggan"