-
Satu set dasar yang dinyatakan sebagai komitmen pengurusan atasan menggariskan hala tuju jangka panjang organisasi untuk menyokong dan menambah baik prestasi KKP secara berterusan.
-
Menyediakan hala tuju keseluruhan, serta rangka kerja untuk organisasi menetapkan objektifnya dan mengambil tindakan untuk mencapai hasil yang diingini dalam sistem pengurusan KKP.
-
Komitmen ini kemudiannya diperlihatkan dalam proses yang diwujudkan oleh organisasi untuk memastikan sistem pengurusan KKP yang teguh, boleh dipercayai dan boleh diharap (termasuk menangani keperluan khusus dalam ISO 45001:2018)
-
Dasar Keselamatan dan Kesihatan UPNM hendaklah disampaikan, dipamerkan dan diguna pakai oleh semua Fakulti, Pusat, Jabatan dan Bahagian (FPJB) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). organisasi yang boleh memberikan kesan terhadap prestasi KKP UPNM.


