Objektif diwujudkan untuk mengekalkan dan menambah baik prestasi KKP. Objektif harus dikaitkan dengan risiko dan peluang serta kriteria prestasi yang telah dikenal pasti oleh organisasi sebagaimana perlu bagi pencapaian hasil yang diinginkan dalam sistem pengurusan KKP.
UPNM harus meneliti sumber yang diperlukan (contohnya, kewangan, tenaga kerja, kelengkapan, infrastruktur) untuk mencapai objektifnya.
-
Memastikan pemantauan keselamatan berterusan di tempat kerja.
-
Menyediakan program latihan keselamatan pekerjaan kepada staf UPNM secara berkala.
-
Pematuhan kepada Perundangan yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
-
Melaksanakan penilaian risiko secara berkala untuk mengenal pasti hazard di tempat kerja dan menilai potensi risiko terhadap kesihatan dan keselamatan pekerja.
-
Menambahbaik dan mengemaskini Prosedur KKP mengikut keperluan semasa dan perubahan dalam persekitaran kerja.Menambahbaik dan mengemaskini Prosedur KKP mengikut keperluan semasa dan perubahan dalam persekitaran kerja.
-
Menggalakkan penglibatan aktif warga UPNM dalam program keselamatan dan kesihatan.


