Dalil Berkenaan Dengan Kualiti

DALIL BERKENAAN DENGAN KUALITI

 

              1.  Al-Quran:

 

Firman Allah SWT di dalam Surah ali-Imran, ayat 110:

 

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ  ١١٠

 

Maksudnya: “Kamu (umat Muhammad S.A.W.) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (mungkar) serta kamu pula beriman kepada Allah”.

 

 

 

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Taubah, ayat 105:

 

وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ  ١٠٥

 

Maksudnya: "Dan katakanlah bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu”.

 

 

 

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Kahfi, ayat 30:

 

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجۡرَ مَنۡ أَحۡسَنَ عَمَلًا  ٣٠

 

Maksudnya: “Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal  soleh sudah tetap Kami tidak  akan  menghilangkan  pahala  orang-orang  yang  berusaha  memperbaiki amalnya”.

 

2. Hadith Rasulullah SAW:

 

Diriwayatkan daripada al-Tabrani bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai seseorang jika apabila kamu melakukan sesuatu tugasan, maka kamu akan melakukannya dengan itqan". 


(Kanz al-‘Ummal, Kitab al-Ijarah min Qism al-Awqal. Dar al-Fikr, No. 9128)

 

Diriwayatkan daripada al-Baihaqi bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allahmencintai orangyang apabilamelakukan sesuatu, dia melakukannya dengan sebaik-baiknya. Dia mencintai perbuatan itudan juga mencintai orang yang meklakukannya”.

 

Senarai Induk Dokumen Kualiti Siri 2023

  • Manual Kualiti
  • Prosedur Kualiti Operasi
  • Prosedur Kualiti Pengurusan
  • Prosedur Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah

"Beriltizam membawa UPNM ke arah kecemerlangan dalam bidang pertahanan dan keselamatan bagi memenuhi kehendak pelanggan"