OBJEKTIF KUALITI SPK BERASASKAN SYARIAH (MS 1900:2014) UPNM
Objektif Kualiti SPK Berasaskan Syariah UPNM adalah seperti berikut:
1. PELAKSANAAN KHUTBAH JUMAAT DI MASJID MUHAMMAD AL-FATEH UPNM
i. Memastikan laporan khutbah Jumaat disediakanselewat-lewatnya lima hari bekerja selepas pelaksanaan.
2. AKTIVITI KEROHANIAN DI MASJID MUHAMMAD AL-FATEH UPNM
i. Memastikan pelaksanaan bacaan Yasin dikendalikan oleh seorang imam secara berjemaah dengan para pelajar atau Company of Day.
ii. Memastikan solat berjemaah dilaksanakan pada setiap waktu di Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM yang dipimpin oleh
seorang Imam.
iii. Memastikan bacaan Tadarus al-Quran dikendalikan selepas selesai solat fardhu Zohor oleh seorang Imam secara
berjemaah.
iv. Memastikan bacaan al-Mathurat oleh para pelajar selepas solat fardhu Subuh setiap hari Sabtu di Masjid Muhammad
Al-Fateh UPNM.
v. Memastikan aktiviti Qiamullail disertai oleh semua pelajar Muslim di Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM semasa
pelaksanaan program Marathon Ilmu pada bulan Ramadhan.
vi. Memastikan 100% kehadiran peserta ke aktiviti Khatam al-Quran di Masjid Muhammad Al-Fateh pada bulan
Ramadhan.
3. PELAKSANAAN PERBARISAN PEGAWAI KADET
i. Memastikan 100% kehadiran berbaris secara keseluruhan oleh Pegawai Kadet kompeni di tempat yang dinyatakan
seperti di dalam PERBAH 1.