DASAR KUALITI
"Beriltizam membawa UPNM ke arah kecemerlangan dalam bidang pertahanan dan keselamatan bagi memenuhi kehendak pelanggan"
Pengurusan Atasan UPNM hendaklah memastikan Dasar Kualiti adalah sentiasa:
a. Bersesuaian dengan hala tuju Pengurusan UPNM.
b. Difahami dan dihayati oleh semua warga UPNM.
c. Dibincangkan dan dikaji semula dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) untuk memastikan kepuasan pelanggan tercapai secara berterusan.
d. Melaksanakan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) secara berterusan sejajar dengan keperluan semasa piawaian SPK bagi piawaian MS 1900:2014.
e. Komitmen ke atas pematuhan Syariah dan secara berterusan.
f. Disemak supaya sentiasa sesuai; dan
g. Tidak bercanggah dengan fatwa diguna pakai yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam.