Skop Pelaksanaan

Skop ialah pernyataan fakta dan gambaran operasi organisasi yang termasuk dalam sempadan sistem pengurusan KKPnya yang sepatutnya tidak mengelirukan pihak berkepentingan. Sistem pengurusan KKP hendaklah termasuk aktiviti, produk dan perkhidmatan dalam kawalan atau pengaruh organisasi yang boleh memberikan kesan terhadap prestasi KKP UPNM.


Skop Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPNM adalah Pengurusan Perkhidmatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti

"Beriltizam membawa UPNM ke arah kecemerlangan dalam bidang pertahanan dan keselamatan bagi memenuhi kehendak pelanggan"